Sehingga sekarang kita masih tidak tahu apa punca ekzema ini. Ini kerana ia bukan merupakan penyakit berjangkit. Jika ada salah seorang ahli keluarga menghadapi simptom ekzema berkemungkinna besar ia boleh dapat penyakit ini. Ini kerana Ekzema ini boleh terjadi daripada tindak balas alahan terhadap makanan atau bahan yang mendatangkan alahan kepada sessorang. Penjagaan makanan yang betul amat penting untuk mengelakkan ekzema menjadi lebih teruk.
Jika anda menghadapi ekzema, anda mesti mengambil tahu jenis makanan yang patut dielak dan makanan yang bersesuai dimakan. Kebiasaanya mereka yang menghadapi ekzema ini akan mengalami masalah elergi makanan. Antara alergi makanan yang biasa ialah:-
a) Produk tenusu
b) Telur
c) Produk Soya
d) Kekacang
e) Ikan
f) Makanan laut
Bagi sesetengah yang mengidap ekzema mereka boleh mengambil makanan ini tanpa sebarang kesan ekzema. Tetapi mereka ini dinasihatkan untuk mengamalkan diet seimbang untuk elakkan risiko kejadian kulit gatal - gatal dan pedih.
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH MEREKA YANG MENGHADAPI EKZEMA
1. MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN TIRUAN DAN BAHAN PENGAWET
- Makanan seperti buah kering yang mempunyai bahan pengawet dan makanan segera dengan bahan tiruan dari segi pewarna atau rasa seperti makanan ringan boleh cetus ekzema.
- Makanan yang tinggi lemak trans seperti marjerin dan makanan segera serta makanan yang tinggi kandungan gula seperti minuman berkarbonat serta kek yang boleh menyebabkan ketidakselesaan ketara pada penghidap ekzema.
- Makanan yang mengandungi glutamate atau MSG ini tinggi dalam makanan yang sama secara semula semulajadi atau tiruan adalah musuh nombor satu kepada ekzema.
- Antara makanan yang mengandungi unsur semulajadi MSG tinggi ialah brokoli, tomato, kicap dan sebagainya.
- Perlu elakkan guna MSG tiruan dalam masakan.
- Pemakanan ikan berlemak yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan herring baik untuk pesakit ekzema.
- Minyak ikan ini ada mengandungi Omega-3 yang tinggi.
- Ia dapat mengurangkan keradangan.
- Selain itu, anda boleh mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan.
- Untuk mengubati ekzema ini pesakit perlu mengambil dos agak tinggi iaitu kira- kira 6 gram Omega-3.
- Buah yang quercetin ialah sejenis bahan flavonoid yang mengandungi banyak antioksidan dan anthistamin.
- Dimana kedua - dua kandungan ini dapat mengurangkan simptom radang dan tahap histamin dalam badan.
- Makanan yang kaya dengan quercetin ialah epal, ceri, dan sayuran brokoli serta bayam.
- Selain itu, pisang mampu untuk melawan simptom ekzema. Ini kerana pisang mampu melawan simptom ekzema kerana buah ini kaya dengan sumber kalium(potassium).
- Ubi kentang mempunyai banyak serat dan ia terdiri daripada kalium dan vitamin c.
- Sayur - sayuran seperti bawang dan daun bawang turut mengandungi quercetin yang kaya dengan vitamin k. Vitamin K ini pemting untuk penjagaan kulit sihat dan seimbang.
- Kunyit merupakan sejenis rempah ratus yang selalku digunakan dalam masakan.
- Kunyit mengandungi bahan yang antioksidan yang dipanggil curcumin.
- Dimana curcumin ini dapat melindungi dan memelihara kulit daripada radikal bebas sambil mempercepatkan penyembuhan luka.
- Amalkan satu sudu kunyit dalam pemakanan harian untuk lihat keberkesananya.
- Minyak zaitun adalah minyak yang sesuai untuk merawat ekzema.
- Tetapi minyak zaitun yang asli mampu merawat ekzema ini kerana banyak minyak zaitun yang tidak asli dan dicampur dengan minyak sayuran atau minyak kekacang.
- Minyak zaitun ini adalah salah satu rawatan yang dapat menangani masalah Ekzema di kalangan kanak - kanak.
- Kayu manis dan madu boleh digunakan untuk merawat ekzema. Dimana campuran kedua - dua bahan ini boleh digunakan sebagai alterbatif merawat ekzema.
- Ini kerana kayu manis dan madu mempunyai madu khasiat yang tersendiri.
- Caranya dengan sapukan campuran kayu manis dan madu pada bahagian kulit yang menghadapi ekzema sekurang - kurangnya sekali seminggu.
Untuk dapatkan info lanjut leh hubungi saya Naini 013-3323872
0 Comments