Kulit wajah yang sangat sensitif akan lebih cepat menjadi kering jika dibandingkan kulit di bahagian tubuh yang lain. Disini ada beberapa tips untuk membantu kulit wajah yang kering, gatal dan mengelupas.
KAEDAH PERTAMA
1) LAKUKAN RAWATAN KULIT KERING DENGAN BAIK
A) JANGAN GUNA AIR PANAS UNTUK MENCUCI MUKA
- Jika anda mencuci muka dengan menggunakan air panas utuk mencuci muka ia boleh melemaskan liang - liang pori dan membuatkan wajah lebih mudah dibersihkan. Ini kerana Air panas boleh menyebabkan kulit menjadi cepat kering.
- Jika menggunakan air panas untuk mencuci muka segera bilas wajah dengan air sejuk supaya air panas tidak berada lama di muka.
- Begitu jua kalau kita berada ditempat yang panas segeralah ke tempat yang sejuk untuk sejukkan kulit. Dengan cara ini ia dapat melembabkan kulit dan kulit akan tahan lama kelembapan kulit.
- Sabun badan tidak sesuai digunakan untuk mencuci muka. Ini kerana sabun badan mempunyai PH yang tinggi dan boleh menyebabkan kulit terhakis.
- Oleh itu, anda perlu mencari pencuci muka yang bersesuaian.
- Selain itu, anda perlu elakkan menggunakan pencuci muka yang berasaskan sabun. Ini kerana didalam sabun ia mengandungi sodium lauryl sulfate yang boleh menyebabkan ia menghakis kelembapan kulit.
- Seeloknya anda perlu mengunakan pencuci muka yang bukan daripada sabun.
- Anda juga harus mengelakkan menggunakan pencuci muka yang mengandungi wangian tambahan. Kebiasaannya Pencuci yang mengandungi wangian terdapat alkohol dalam pencuci tersebut. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
- Bagi kulit kering anda digalakkan menggunakan pembersih muka yang mengandungi ceramide.
- Ceramide merupakan sejenis molekul lemak yang terdapat pada lapisan kulit anda.
- Ini kerana ceramide sintesis boleh membantu kulit menjadi lebih lembap dengan lama.
- Setelah mencuci muka anda perlu menepuk muka dengan kain yang kering dan lembut.
- Jangan terus mengosok muka dengan kain yang kering selepas mencuci muka.
- Anda boleh guna kain yang lembut dan kain itu mestilah boleh menyerap air.
- Seeloknya anda keringkan muka dengan keadaan muka yang sedikit lembap bukan lah dalam keadaan basah kuyup.
D) GUNA PELEMBAB SETELAH MENCUCI MUKA
- Setelah mencuci muka anda digalakkan untuk menggunakan pelembab muka.
- Anda haruslah menggunakan pelembap muka yang secukupnya untuk memastikan kulit masih sedikit lembap pada kawasan yang anda letak pelembap muka. Ini untuk memastikan pelembap yang basah itu dapat mengekalkan kelembapan dalam jangka masa yang lama.
- Anda yang berkulit kering digalakkan untuk mencari pelembab yang mengandungi shea butter, ceramide, asam stearat atau gliserin.
- Ini kerana pelembab ini dapat membantu menggantikan lapisan pelindung luar kulit yang bertanggungjawap menjaga kelembapan bertahan dengan lebih lama.
KAEDAH KEDUA
PENJAGAAN UNTUK KULIT KERING
- Cuba tukar dari penggunaan skrub kasar untuk mengikis minyak berlebihan dan kulit mati dengan menggunakan kain lap yang lembut.
- Jika anda menggunakan kain lap yang lembut anda boleh mengurangkan keradangan kulit yang terjadi.
- Kulit kita memang perlu dikupas secara berkala sehingga sel - sel kulit mati akan mengelupas, jika anda mengelupas dengan kasar ini menyebabkan lebih banyak kulit rosak pada lapisan luar dan ia boleh menyebabkan kekeringan kulit yang teruk.
- Untuk menggunakan kain lap anda perlu percikkan sedikit air ke wajah anda dan perlahan - lahan urut wajah dengan gerakkan melingkar kecil.
- Sekali sekala tempekkan lapisan tipis petroleum jelly di atas kawasan wajah yang mudah kering untuk memastikan kulit mengalami kelembapan.
- Keadaan ini dapat membantu mengatasi masalah kulit kering terutama pada musim sejuk kerana ia boleh menyebabkan kulit terdedah dengan udara kering dan kasar.
- Sebelum keluar rumah pada musim sejuk pakai petroleum jelly untuk kulit kekal lembap dan tahan lama.
- Jika anda menggunakan sepanjang tahun, anda boleh lumurkan petroleum jelly di kawasan kulit yang kering. Biarkan selama 10 minit sebelum mencuci dengan lembut.
- Lakukan mengulangi prosedur ini 2 kali seminggu.
- Rendam kain napkin bayi yang lembut ke dalam susu, kemudian perah kain agar air susu tidak terlalu banyak pada kain dan letakkan kain di wajah selama 10 minit.
- Asam laktat yang di dalam susu membuatkan ia boleh mengurangi kemerahan dan menghilangkan kulit mati.
- Kandungan lemak dalam susu boleh menyebabkan kulit menjadi lembab dan membuatkan kulit wajah yang kusam menjadi lebih segar dan lembut.
- Anda harus menggunakan susu yang mengandungi sekurang - kurang 2% lemak untuk memastikan kulit akan mengalami kelembapan. Jika menggunakan susu yang tanpa lemak ia tidak boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
- Jika anda rasa pembersih muka anda sedikt kasar terhadap kulit, anda tidak perlu membuangnya ini kerana anda boleh menukar penggunaan pembersih muka dengan menggunakan susu 2-3 kali seminggu dan dapat memberikan kulit rehat secukupnya.
- Susu tidak boleh menghilangkan make up tetapi anda haruslah membersihkan make up terlebih dahulu sebelum menggunakan susu.
- Lidah buaya berfungi dapat mengatasi masalah kulit merah dan terhidrat disamping ia dapat mengatasi masalah kulit kering dan mengelupas.
- Cara untuk membuat masker lidah buaya ialah:-
- Ambil sepotong lidah buaya segar dan ambil jeli dari dauh tersebut dan sapu ke wajah yang sudah dibersihkan. Biarkan selama 15 minit sebelum anda membasuh.
- Ulang buat masker ini seminggu sekali.
- Jika anda tidak boleh menggunakan lidah buaya yang original, anda boleh menggunakan lidah buaya yang sudah di jual dipasaran.
- Kelopak mata mudah mengalami kering.
- Jika kulit menjadi kering dan gatal, sapu nipis krim hidrokortison di atas kelopok mata untuk mengurangkan rasa gatal dan terhidrat.
- Kulit di kelopak mata mudah mengering kerana kulit di bahagian ini sangat nipis.
- Kelopak mata mengalami penipisan lebih teruk jika menggunakan Krim Hidrokortison secara berlebihan dalam jangka masa yang lama.
- Anda perlu buang semua make up sebelum memakai krim hidrokortison dan pasti krim tidak masuk dalam mata ketika memakainya.
- Ini kerana krim ini boleh memasuki ke dalam mata dan ia boleh menyebabkan glukoma pada anak mata.
- Anda boleh menggunakan Krim ini 2 kali sehari tetapi berwaspada jika guna pada masa yang agak lama.
- Untuk membuat masker telut, anda hendaklah asingkan putih telur dan kuning telur. Kemudian pukul putih telur tersebut dan lumurkan ke seluruh muka.
- Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci wajah.
- Selepas itu ulangi dengan kuning telur pula.
- Setelah wajah kering anda tepuk - tepuk wajah dengan lembut dan lembabkan kulit wajah dengan pelembap atau lotion.
0 Comments