CARA - CARA MENGATASI MASALAH INFLUENZA

Virus influenza merupakan virus yang mudah berjangkit. Ini kerana virus influenza mudah dijangkiti kepada golongan kanak - kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik. Musim puncak influenza untuk negara Malaysia kebiasaanya berlaku pada bulan Oktober hingga Januari dan April hingga Jun. Ini kerana negara Malaysia merupakan negara yang tropika bukan seperti di negara yang iklim sederhana.

JENIS - JENIS INFLUENZA


  • INFLUENZA A
      - Boleh menjangkiti oleh manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan amat                        berbahaya.

  • INFLUENZA A (H1N1)
          - Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. 
          - Kadang kala pendemik dan amat bahaya

  • INFLUENZA JENIS B
          - Boleh menjangkiti manusia.
          - Sering berlaku, Kurang teruk dan kadang - kadang berbahaya, tidak pandemik.

  • INFLUENZA JENIS C
          - Boleh menjangkiti manusia.
          - Ringan, jarang berlaku dan bukan epidermik.


Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu komuniti atau populasi.

Epidermik ialah penyakit yang menyerang ramai orang dalam komuniti dan merebak ke satu atau beberapa komuniti.


Pendemik ialah wabak merebak ke seluruh dunia.


SIMPTOM - SIMPTOM INFLUENZA


  • Badan letih 
  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Batuk tidak berkahak
  • Berhingus atau hidung tersumbat
  • Cirit - birit
  • Muntah - muntah
  • Sakit otot.
* Batuk boleh berlarutan sehingga 2 minggu atau lebih



APAKAH PERBEZAAN ANTARA INFLUENZA DAN SELESEMA

SELESEMA

  • Hidung Berhingus
  • Bersin
  • Hidung Tersumbat
  • Jangkitan virus pada saluran pernafasan atas dan tidak membahayakan dan boleh berlaku pada bila - bila masa
INFLUENZA
  • Simptom yang sama dan boleh menjejaskan saluran pernafasan atas dan ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk.
  • Virus ini berbeza daripada virus selesema, influenza dan mengikut musim.


BAGAIMANA INFLUENZA DIJANGKITI

Bagi kanak - kanak yang dijangkiti virus influenza kebiasannya ia boleh memindahkan melalui batuk atau bersin, dan melalui hidung yang berhingus yang mengandungi titisan virus influenza. Dimana orang lain boleh dijangkiti influenza apabila menyedut titisan terbabit atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka selepas tersentuh permukaan yang tercemar.

Influenza boleh dijangkiti dalam masa 24 jam dan lima hari selepas bermulanya simptom. Kanak - kanak yang lemah sistem imun boleh menjangkiti orang lain selama hampir 2 minggu. Kanak - kanak yang dijangkiti boleh menyebarkan penyakit sebelum sendiri berasa sebarang simptom. 


CARA UNTUK MELINDUNGI INFLUENZA.

Cara terbaik untuk melindungi anak daripada influenza ialah dengan memberi vaksinasi apabila mencapai umur yang sepatutnya (enam bulan dan ke atas). Kanak - kanak yang berusia enam hingga lapan bulan memerlukan dua dos dalam tahun pertama mereka diberi vaksinasi. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


CARA LAIN UNTUK ELAK INFLUENZA

Cara - cara lain untuk elak influenza ialah amalan kebersihan boleh membantu:

  • Jauhkan anak anda daripada kanak - kanak lain yang sakit
  • Mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap
  • Jauhkan tangan dari muka
  • Tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin untuk melindungi orang lain
  • Makan secara sihat dan galakkan anak anda untuk lebih aktif secara fizikal.

Kanak - kanak yang menghadapi influenza akan sakit selam seminggu dan mereka akan sembuh. Kebiasaannya doktor akan menasihatkan anak anda berehat secukupnya dan banyak minum air kosong. 

Anda perlu segera jumpa doktor sekiranya terdapat tanda - tanda seperti berikut:-


  • Demam panas yang berlarutan
  • Sukar Bernafas atau nafas pendek
  • Kulit bertukar menjadi biru
  • Sukar minum air
  • Kelihatan keliru atau alami sawan
  • Mengalami simptom yang berulang
  • Masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid dan lain - lain)

SELAIN ITU KANAK - KANAK BOLEH AMBIL SUPPLEMENT UTK TINGKATKAN IMUN BADAN. 

1) NUTRIFERON
2) VITAMIN C 
3) VITALEA FOR CHILDREN


Image result for set shaklee influenza

Image result for TESTIMONI set shaklee influenza

Image result for vitamin c chewable shaklee kanak umur berapa


Image result for vitalea kids











JIKA ANDA BERMINAT  HENDAK MENDAPATKAN SET MENINGKATKAN IMUN BADAN INI BOLEH HUBUNGI SAYA :-  


NAMA: Naini
FB: Rose joy  
Fanfage: Keluarga Ceria
IG: girlzrose9
Boleh hubungi mesej/wassap : 013-3323872
Blog: www.ohvitaminsihat.blogspot.com

Pengedar Shaklee: Putrajaya dan Cyberjaya
POS: Seluruh Malaysia
HUBUNGI SAYA KLIK LINK DIBAWAH


Image result for whatsapp jpg logo

Post a Comment

0 Comments