CARA - CARA UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN KELUARGA

Saban tahun perbelanjaan makin meningkat. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan masalah kewangan dikalangan rakyat Malaysia kini makin meruncing. Keadaan ini menyebabkan ramai diantara kita mencari - cari peluang perniagaan untuk mencari duit sampingan untuk menampung perbelanjaan seharian keluarga.

Keadaan bertambah teruk apabila harga barang meningkat saban tahun tetapi pendapatan rakyat masih di takuk yang lama. Ini menyebabkan kebanyakkan keluarga terpaksa mencatu perbelanjaan dan mula mengambil  langkah berjimat cermat untuk menjimatkan perbelanjaan Oleh itu disini saya beri beberapa tips untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

Disini saya beri beberapa cara boleh meningkatkan pendapatan keluarga:-

a) BUAT PERNIAGAAN SECARA ONLINE

  • Anda boleh membuat perniagaan secara online seperti Dropship, Affiliate, Freelance, Guru Online atau Menulis Blog. 
  • Dimana perniagaan ini boleh tambah pendapatan anda secara tidak langsung. 
  • DROPSHIP - merupakan perkerjaan yang dilakukan dari rumah yang merupakan salah satu alternatif untuk suri rumah tambah pendapatan. Ini kerana perniagaan dropship ini kebanyakkan terdiri daripada suri rumah dan pelajar kerana mereka mempunyai banyak masa dan komited dalam mencari  rezeki yang lebih untuk memenuhi keperluar harian. Produk yang sesuai dengan perniagaan dropship ini perniagaan yang berdekatan dengan anda dan produk yang selalu anda pakai agar mudah untuk anda membuat penerangan kepada pelanggan.
  • AFFILIATE- adalah salah satu cara untuk mencari wang. Jika dropship pengguna ditawarkan produk fizikal dan boleh dipegang tetapi affiliate ini lebih kepada perkongsian secara detail. Dimana anda boleh berkongsi link affiliate kepada yang berminat untuk membeli ebook dan setiap klik daripada pembelian membolehkan anda mendapat pendapatan imbuhan. Jika anda ingin memulakan perniagaan Affiliate ini hendaklah mencari produk yang bersesuaian untuk dipasarkan. Bagi anda yang serius dalam perniagaan ini hendaklah pelajari dengan bersungguh untuk menarik pengguna membeli melalui link affiliate anda.
  • FREELANCE - Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang digital, anda boleh menggunakan platfrom freelance ini untuk menjana pendapatan. Sebagai contoh jika anda mahir dalam bidang designing, membuat logo, penulisan ando boleh menjanan pendpatan melalui laman web bagi yang menawarkan kerja freelance. Anda juga berpeluang untuk mendapat pelanggan dr luar negara dan membayar anda dalam USD.
  • GURU ONLINE - Jika anda ada ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi ini lah masanya untuk anda menghasilkan wang melaluinya. Ini kerana ia merupakan cara terbaik untuk anda menjadi seorang guru atau tutir secara online dan anda boleh menawarkan ilmu secara percuma untuk mendapatkan pendedahan kepada orang ramai terlebih dahulu sebelum anda mula menawarkan ilmu yang premium dengan harga yang setimpal. Untuk pengetahuan anda, perkongsian melalui video lenih mudah untuk menarik perhatian pengguna untuk meningkatkan bilangan  share melalui media sosial jika hendak dibandingkan dengan penulisan. Contohnya anda boleh tawarkan ilmu pemasaran, motivasi, kewangan dan lain - lain. Selain itu anda boleh menggunakan media sosial untuk menawarkan ilmu anda.
  • MENULIS BLOG - Rata- rata ramai yang tidak tahu yang menulis blog boleh menjana pendapatan. Jika anda minat menulis tidak kira anda menceritakan pengalaman yang ditulis secra personal blog atau profesional ia mampu menjana wang. Menulis ini adalah fleksibiliti yang ditawarkan. Dimana anda berpeluang untuk untuk bekarya dimana - mana saja dan boleh menulis pada waktu yang anda suka. Jika anda komited dan disiplin dalam penghasilan karya anda mampu untuk tarik perhatian pembaca untuk membaca blog anda.

b) KRAFTANGAN
  • Jika anda banyak - banyak barang terpakai di rumah, anda boleh menjana pendapatan dengan barang - barang tersebut. ini kerana barang - barang tersebut anda boleh kraftangan bahan - bahan terpakai dan boleh jual mengikut kreativiti anda masing - masing. 
  • Jika sudah siap diubah anda boleh mempromosikan barang tersebut di Facebook, Instagram untuk dijual. Sebelum itu, anda boleh minta pendapat kawan - kawan atau ahli keluarga tentang barang anda sebelum dijual dan jika barangan tersebut bagus anda boleh pasarkan barang anda.

c) BUSINESS MASAKAN
  • Jika anda pandai memasak membuat kuih - muih, burger, cupcake dan masakan anda boleh gunakan kebolehan anda ini untuk menjana pendapatan anda. 
  • Dimana anda perlu keluarkan sedikit modal untuk membuat tester makanan dan jika sedap anda boleh mencari tempat yang strategik untuk menjual produk kita. 
  • Anda juga boleh menyediakan perkhidmatan penghataran dan anda boleh mengenakan caj tambahan sedikit untuk kos penghantaran.

d) MENJUAL BARANGAN TERPAKAI
  • Anda boleh menjual barangan terpakai untuk menambah pendapatan sampingan. 
  • Anda tidak perlu jual barang yang tidak dipakai tapi anda boleh jual barangan tersebut di Web, Facebook, Instagram untuk menambah pendapatan anda.

e) MENAWARKAN PERKHIDMATAN SAMBILAN
  • Dimana jika anda mempunyai kepakaran seperti menjahit, repair laptop atau kenderaan anda boleh menambah pendapatan dengan cara ini. 
  • Anda boleh mengambil upah diatas kepakaran anda ini.

Jika anda masih tercari - cari perniagaan apa yang sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan kedua anda, anda boleh menghubungi saya untuk saya terangkan lebih lanjut tentang perniagaan apa yang saya lakukan. 



JIKA ANDA BERMINAT  HENDAK MEMBUAT PERNIAGAAN BOLEH HUBUNGI SAYA :- 


NAMA: Naini
FB: Rose joy  
Fanfage: Keluarga Ceria
IG: girlzrose9
Boleh hubungi mesej/wassap : 013-3323872
Blog: www.ohvitaminsihat.blogspot.com









BOLEH HUBUNGI SAYA
Image result for whatsapp jpg



Post a Comment

0 Comments