CARA - CARA UNTUK BUAT BISNESS PART TIME YANG PALING MUDAH DAN MENGUNTUNGKAN

Ramai - ramai sekarang yang mencari kerja part time untuk menambah pendapatan. Ini kerana ramai diantara kita yang minat untuk memulakan perniagaan tetapi tidak tahu perniagaan apa yang boleh dilakukan. Oleh itu, anda perlu mencari perniagaan yang betul - betul sebelum menjalankan perniagaan.

Diantara tips yang anda boleh lakukan ialah:-

a)  BETULKAN NIAT
  • Sebelum memulakan perniagaan anda perlu btlkan niat terlebih dahulu
  • Dimana anda perlu tanya dalam diri anda nak buat pernigaan untuk apa, Adakah untuk jadi jutawan? Adakah hendak melancong ke seluruh dunia?
  • Jika anda sudah ada niat yang betul barulah anda boleh teruskan untuk mulakan pernigaan.

b) MULAKAN PERNIAGAAN SECARA KECIL - KECILAN ATAU PART TIME
  • Jangan memulakan pernigaan yang modal yang besar atau ikut orang lain. 
  • Contoh tengok Puan Aisyah niaga kek jual laku kita pun turut nak ikut jugak sedangkan kita tidak ada kemahiran langsung dalam pembuatan kek. 
  • Pilih perniagaan yang betul - betul anda minat dan berkemahiran.
  • Sebagai contoh anda ada kemahiran menjahit, anda boleh ambil upah menjahit pada hari cutui untuk tambah pendapatan.
  • Mulakan perniagaan secara kecil-kecilakan dan berterusan. 
  • Jika sudah maju perniagaan anda barulah boleh ambil keputusan untuk berhenti kerja.

c) GUNA WANG TUNAI DI TANGAN UNTUK NIAGA
  • Jangan sesekali mula perniagaan dengan membuat pinjaman bank atau ah long. 
  • Ini kerana akan menjerat diri kita sendiri sepatutnya pilih perniagaan yang boleh kita guna wang tunai di tangan tanpa memerlukan membuat pinjaman.
  • Anda boleh mencari perniagaan yang modal  yang kecil untuk memerlukan perniagaan. 
  • Dimana modal tersebut anda boleh kumpul sendiri mungkin dari duit gaji sedikit demi sedikit.
  • Selain itu, anda boleh cari perniagaan dropship, stokis atau agen untuk memulakan pernigaan.
  • Ini kerana pernigaan jenis ini tidak memerlukan modal yang tinggi dan boleh menjana pendapatan dengan mudah.


d) JANGAN BUKA KEDAI TERUS
  • Jika anda baru hendak berniga jangan terus buka kedai. ini kerana anda memerlukan banyak masa hendak digunakan untuk melakukan perniagaan.
  • Tambahan pula jika anda masih berkerja dan memerlukan perhatian pada kerja hakiki. Anda tidak boleh  bahagikan masa amatlah tidak digalakkan.
  • Jangan terlalu mempercayai orang luar untuk melakukan perniagaan kita.

e) JANGAN MEMAKSA ORANG UNTUK MEMBELI PRODUK 
  • Ada sesetengah orang suka memaksa kawan - kawan untuk membeli barang  atau perkhidamatan kita. 
  • Keadaan ini menyebabkan perniagaan kita tidak boleh bertahan lama.
  • Anda tidak perlu memaksa orang untuk membeli kerana jika produk dan perkhidmatan anda bagus dan memuas hati pelanggan, pelanggan akan datang sendiri untuk mencari produk anda.

f) MULA BUAT PENGKALAN DATA
  • Selain anda belajar menguruskan kewangan anda perlu tahu mengurus pelanggan dan pembekal barangan.
  • Dimana anda perlu kenal dengan lebih dekat pelanggan anda dan merekodkan data pelanggan dalam satu pengkalan data.
  • Sebagai contoh jika Ali membeli produk Vitamin C. Anda boleh merekodkan apa produk yang ali ambil dan jika anda hendak follow up nanti mudah. Ini kerana anda sudah mengetahui apa yang customer itu beli dan ia memudahkan urusan kita.
  • Bila anda sudah membuka perniagaan sepenuhnya anda boleh guna data ini sebagai rujukan perniagaan anda atau kemungkinan pelanggan ini hendak menjadi agen anda nanti.

g) DIDIK HATI
  • Apabila anda memulakan perniagaan anda perlu mendidik hati supaya bersabar, tidak dengki dan tidak mudah putus asa dalam memulakan perniagaan. 
  • Dalam berniagaan ini memerlukan jiwa yang kental dan semangat yang tinggi. 
  • Jangan sesekali ada perasaan cepat putus asa sebaliknya perlu semangat yang kuat. 

h) CARI PELUANG TAMBAH ILMU
  • Anda boleh menghadiri kelas - kelas perniagaan pada waktu yang terluang untuk menambah ilmu pengtahuan. 
  • Ini sebagai persediaan anda untuk menjalan perniagaan sepenuh masa satu hari nanti.

i) MINTA PENDAPAT
  • Minta pendapat usahawan - usahawan untuk kita terus maju dan selalu minta tunjuk ajar dari oarang yang berpengalaman.
  • Dimana mereka boleh membimbing kita dalam bidang perniagaan. 

j) PENGURUSAN KEWANGAN
  • Anda tidak boleh campur aduk duit peribadi dengan duit perniagaan.
  • Anda perlu urus kewangan dengan install perkauanan untuk lebih terjamin rekod perkaunan anda.

Jika anda masih tercari - cari perniagaan apa yang sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan kedua anda, anda boleh menghubungi saya untuk saya terangkan lebih lanjut tentang perniagaan apa yang saya lakukan. 


JIKA ANDA BERMINAT  HENDAK MEMBUAT PERNIAGAAN BOLEH HUBUNGI SAYA :- 


NAMA: Naini
FB: Rose joy  
Fanfage: Keluarga Ceria
IG: girlzrose9
Boleh hubungi mesej/wassap : 013-3323872
Blog: www.ohvitaminsihat.blogspot.com








BOLEH HUBUNGI SAYA

Image result for whatsapp jpg

Post a Comment

0 Comments