Cara - Cara Untuk Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari.

Setiap manusia mempunyai rutin harian yang berbeza mengikut kerja dan bidang kerja masing-masing. Selain itu juga, kita mempunyai berbagai - bagai aktiviti untuk dilakukan setiap hari. Sebagai contoh bagi yang berkerjaya rutin harian dari pagi hingga ke petang di  tempat kerja dan balik kerja mungkin ada yang bersukan atau melakukan aktiviti harian seperti membuat kerja rumah dan bersama anak- anak. Kadang kala rutin harian di tempat kerja membuat kita dah menjadi letih apabila menjelang petang. Ini menyebabkan rutin kita menjadi terbatas. 

Image result for kekal cergas


Oleh itu disini saya ingin kongsi cara untuk kekal cergas bertenaga sepanjang hari :- 


1. TIDUR YANG MENCUKUPI

  • Tidur yang cukup amat penting dalam kehidupan seharian. 
  • Anda perlu tidur sekurang - kurangnya 6 jam sehari untuk dapatkan tidur yang mencukupi.
  • Tidur yang cukup amat perlu supaya anda kekal cergas dan banyak bertenaga dalam menjalankan rutin harian.
  • Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup ia akan mempengaruhi kesihatan tubuh  badan kita.
Image result for tidur mencukupi


2. MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
  • Amalan memakan makanan yang berkhasiat amat penting dalam kehidupan anda.
  • Dimana anda perlu lebih makanan berkhasiat seperti buah - buahan dan sayur - sayuran. 
  • Anda perlu elakkan atau jauhkan makan makanan junk food kerana makanan ringan ini tidak mempunyai gizi makanan yang diperlukan dalam badan kita.
  • Pada waktu malam anda perlulan ambil Dinner atau makan  malam pada waktu yang awal.  Ini untuk membolehkan makanan dapat dicerna lebih awal.
  • Jika anda berasa lapar pada waktu malam anda boleh makan buah - buahan atau minum air kosong.
Image result for makanan yang sihat

3. BERSENAM
  • Anda perlu bersenam sekurang - kurangnya 45 minit sehari dan 3 atau 4 kali seminggu.
  • Apabila anda bersenam badan anda akan mengeluarkan peluh dan badan akan lebih cergas.
  • Anda boleh melakukan senaman yang berlain setiap kali anda bersenam untuk mengelakkan anda berasa bosan. 
  • Selepas bersenam anda perlu minum air kosong bagi menggantikan air di dalam badan yang dikeluarkan melalui peluh. 
Image result for bersenam


4. MENDENGAR MUZIK
  • Muzik merupakan salah satu cara untuk mengelakkan diri  berasa bosan dan tidak bermaya.
  • Dengan cara ini ia dapat mengembalikan semangat anda untuk kekal cergas, sihat dan bertenaga dalam melakukan aktiviti harian.


Image result for mendengar muzik


5. MINUM AIR PUTIH
  • Anda perlu minum air putih dalam 2 hingga 4 liter sehari. 
  • Ini kerana tubuh badan anda memerlukan 2 - 4 liter sehari di dalam badan anda supaya anda kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. 
  • Air putih ini penting untuk mengelakkan anda dari dehidrasi. 
  • Air ini juga dapat mengelakkan anda mengalami masalah kesihatan yang serius seperti masalah ginjal dan hati. 
Image result for minum air putih


6. MAKAN MAKANAN TAMBAHAN
  • Anda boleh ambil  makanan tambahan untuk supplement dalam badan anda. 
  • Anda boleh ambil supplement seperti vitamin dan juga anti-oksida adalah baik untuk memelihara tubuh dan kecantikan. 
  • Sebagai contoh Vitamin C, vitamin c ini bagus untuk meremajakan kulit dan menyembuhkan penyakit seperti selesema dan semam disamping membaik pulih kulit supaya lebih licin dan sihat.
Image result for makanan tambahan


Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang amatlah penting dalam badan kita untuk kita kekal cergas sepanjang hari. Selain itu, pengambilan vitamin - vitamin amat penting untuk meningkatkan tenaga dan kecergasan badan kita. 



UNTUK KEKAL BERTENAGA SEPANJANG MASA TANPA KELESUAN KLIK DISINI



Untuk mengetahui lebih lanjut  hubungi saya di talian 013-3323872

FACEBOOK: Rose Joy
FACEBOOK PAGE: Keluarga Ceria







Post a Comment

0 Comments