Cara Mengatasi Masalah Buasir Dengan Berkesan

Buasir merupakan satu penyakit yang rata - rata dihadapi oleh golongan wanita dan lelaki. Buasir ini kerap terjadi pada golongan wanita ini kerana wanita kerap mengalami masalah ini ketika mengandung dan juga berpantang. Mari kita  kenali apa yang dimaksudkan dengan buasir dengan lebih lanjut.

APA ITU BUASIR?

Buasir ini merupakan salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Dimana ia boleh membawa masalah kepada radang dan bengkak. Buasir ini bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua - dua sakit ini mempunyai tanda - tanda yang berbeza.

Buasir ini terbahagi kepada 2 iaitu:-

a) Buasir Dalaman


  • Ia merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Kebiasannya bagi yang mengalami masalah ini akan mengalami pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Kebiasaannya unjuran ini akan hilang sendiri jika anda menolak balik unjuran ini ke dalam.
b) Buasir Luaran
  • Ia merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dubur. Dimana pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang berbeza. Setiap orang akan mengalami sakit yang berbeza ada yang merasa sedikit tidak selesa, ada yang merasa panas atau amat pedih. Bagi yang sakit kuat mungkin ia berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Image result for buasir


Buasir ini terjadi tidak mengira umur. Kebiasannya golongan yang berumur 30 tahun ke atas dan wanita mengandung selalu mengalami masalah ini. Buasir ini selalu dikaitkan dengan masalah membuang air besar atau sembelit. Kebiasannya wanita mengandung mengalami buasir akibat daripada pembesaran janin yang menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan akibat perubahan hormon. 

Orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangk awaktu lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat yang mungkin menghadapi masalah. Kesemua keadaan boleh menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

Jika anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukan dari penyakit yang serius yang lain seperti kanser usus. 

Pemeriksaan untuk kanser usus kebiasannya untuk mereka yang berumur:-
  • umur 40 tahun ke atas
  • Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/saudara yang mengalami kanser
  • Yang mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
  • Yang mengalamai pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit - birit atau sembelit.
  • Yang mengalami kurang berat badan tanpa sebab tertentu. 
Antara langkah - langkah untuk mengelakkan buasir terjadi ialah:-

1. ELAKKAN SEMBELIT

  • Banyakkan ampil makanan yang berserat dengan memakan buah - buahan, sayur - sayuran  hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin maka pilihlah roti yang mengandungi bijirin penuh (wholemeal)
  • Banyakkan minum air sekurang - kurang 8 gelas air sehari
  • Lakukan senaman setiap hari
  • Elakkan daripada makan julap yang boleh menyebabkan cirit - birit. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk elakkan sembelit.
2. MENGURANGKAN KESAKITAN
  • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan
  • Jika ada pembengkakkan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam
  • Untuk kurangkan kesakitan boleh ambil paracetamol, aspirin atau ibuprofen
  • Terdapat  banyak krim sapuan atau supositori untuk rawatan buasir tetapi tiada bukti yang kukuh bagi keberkesannya. Ini kerana krim ini tidak boleh digunakan berterusan kerana ia boleh menyebabkan kulit disekitar dubur boleh menjadi kering.
Buasir akan baik jika mengamalkan langkah -  langkah untuk mengelakkan buasir terjadi. Tetapi jika  masalah ini berterusan dan menganggu anda, anda  bolehlah  mendapatkan nasihat doktor.

Beberapa Prosedur boleh dilakukan untuk rawatan di klinik dan hospital seperti:-

a) Klinik
  • 'Rubber band ligation' boleh dilakukan untuk rawatan buasir dalaman. Dimana rawatan ini sangat ringkas kerana gelung getah yang kecil dipasang di pangkal buasir boleh menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir itu mengecut.
  • 'sclerotheropy' adalah sejenis cecair contoh Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
b) Hospital
  • 'Hemorrhoidectomy' merupakan satu pembedahan dilakukan untuk  mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit  yang menjalani prosedur ini akan mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
  • 'Doppler Guided Transanal Hemorrhoidal' di  mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti alirah darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
  • 'stappler hemmorhoidectomy' merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar daru dubur.
Masalah buasir ini boleh berulang - ulang walaupun pembedahan sudah dilakukan. Ia amat penting untuk kita mengelakkan sembelit, tidak meneran semasa buang air besar dan elak perkara - perkara yang boleh menyebabkan buasir.

Wanita mengandung selalu terjadi buasir terutama pada peringkat akhir kehamilan sehingga waktu berpantang. Masalah buasir di kalangan wanita Malaysia sering berlaku apabila wanita berada didalam  keadaan berpantang. Ini kerana dalam amalan berpantang disarankan ibu - ibu untuk  kurang minum air dan elak makan buah - buahan atayu sayur - sayuran tertentu dan ini menyebabkan masalah buasir. Ibu - ibu yang berpantang dinasihatkan agar berhati - hati semasa berpantang dan sila dapatkan nasihat doktor jika mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.


SET BUASIR SHAKLEE DALAM MEMBANTU KURANGKAN BUASIR IALAH:-

1) OSTEMATRIX
  • Magnesium dalam Ostematrix bantu dalam melancarkan sistem penghadaman, melembutkan najis, melawaskan pembuangan air besar sekaligus membantu mengatasi masalah buasir 
2) OMEGAGUARD
  • OmegaGuard ini  merupakan anti keradangan. Dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak akibat tekanan otot dubur ke atas salur darah vena dan sekitarnya yang boleh menyebabkan pembuangan air besar itu perit. 
  • Omegaguard ini dapat mengecutkan salur darah yang bengkak.
  • Untuk maklumat lanjut tentang OMEGAGUARD boleh KLIK SINI
3) ZINK COMPLEX
  • Untuk membaiki luka di dalam dubur dengan lebih cepat.
  • Pengambilan zink ini aman digalakkan bagi pesakit buasir jika terdapat keluar darah ketika membuang air besar (najis berdarah).
  • Untuk maklumat lanjut tentang Zink Complex BOLEH KLIK SINI
Image result for testimoni set buasir shaklee

TESTIMONI







Image result for testimoni set buasir shaklee

Image result for testimoni set buasir shaklee


Image result for testimoni set buasir shaklee







JIKA ANDA INGIN MENGETAHUI TENTANG CARA MERAWAT MASALAH SEMBELIT DALAM BERPANTANG KLIK DISINI




JIKA ANDA BERMINAT  HENDAK MENDAPATKAN SET BUASIR INI BOLEH HUBUNGI SAYA :- 

NAMA: Naini
FB: Rose joy  
Fanfage: Keluarga Ceria
IG: girlzrose9
Boleh hubungi mesej/wassap : 013-3323872
Blog: www.ohvitaminsihat.blogspot.com

Pengedar Shaklee: Putrajaya dan Cyberjaya
POS: Seluruh Malaysia



Image result for order now png

Image result for whatsapp jpg


Post a Comment

0 Comments