Tips Kecantikan Wajah

Kecantikan wajah bukan sahaja untuk wanita malah pada masa sekarang kaum Adam pun berlumba - lumba dalam menjaga kecantikan wajah. Kaum Adam pun sekarang sibuk mengamalkan tips - tips supaya kulit wajah dan badan cantik, licin dan mulus.

Menjaga kecantikan amat penting dalam kehidupan kita. Ini bermakna kesedaran untuk menjalani gaya hidup yang sihat mula diambil serius dikalangan masyarakat sekarang. Untuk mendapatkan kulit licin dan halus kita hanya menggunakan bahan semula jadi di rumah sahaja tanpa memerlukan produk - produk kecantikan yang banyak bahan kimia untuk mendapatkan kulit cantik.


TIPS UNTUK KULIT CANTIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI TANPA BAHAN KIMIA IALAH:-


1. AIR
  • Untuk mendapatkan kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan air.
  • Dimana anda digalakkan untuk minum air yang banyak sekurang - kurangnya 2 liter satu hari.
  • Apabila kita banyak minum air, maka cecair dalam badan kita akan banyak dan ia akan  membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan. 
  • Selain itu, anda juga boleh memakan buah - buahan dan sayur - sayuran yang tinggi kandungan air. 
Image result for air masak

2. JUS LEMON
  • Jus lemon mempunyai enzim yang  boleh membuang sel - sel mati di kulit secara tidak langsung ia membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melincinkan kulit.
  • Ia elok diamalkan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
  • Caranya:-
          a) Ambil sebiji lemin dan perah ambil jusnya.
          b) Ambil jus tersebut dan sapau pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata.
          c) Kemudian campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih                   telur.
          d) Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask.
          e) Biarkan selama 10 minit dan bilas.
          f) Anda boleh lakukan sekali atau 2 minggu sekali.


Image result for jus lemon


3. BUAH TOMATO
  • Buah tomato ini boleh bertindak sebagai skin toner dimana ia dapat merawat masalah jerawat, jeragat dan blemish.
  • Caranya:- 
          a) Anda ambil beberapa buah tomato kisar sehingga menjadi pes. 
          b) Ambil pes yang dikisar dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit                  yang tidak sekata.
          c) Jika dilakukan setiap hari mungkin ia akan mengecilkan pori - pori di muka untuk 
              untuk menjadikan kulit lebih licin.

Image result for tomato


4. MADU

  • Madu telah lama kita mengetahui tentang khasiatnya. Ia bukan sahaja boleh dimakan malah ia juga elok disapa pada kulit muka.
  • Caranya:- 
          a) Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan kulit yang kasar.
          b) Biarkan madu selama 10 minit dan bilas.
          c) Ambil sedikit  madu campur pada putih telur dan sapu muka.
          d) Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.
          e) Sebelum tidur campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk                  kayu manis.
          f) Kemudian sapu ke muka.

Image result for madu





5. MINYAK TEA TREE
  • Minyak Tea Tree ini mengandungi antibakteria yang boleh mengurangkan parut dan jerawat pada wajah.
  • Jika hendak menggunakan minyak ini anda dinasihatkan untuk mencuba di tangan terlebih dahulu sebelum menggunakan di muka. Ini kerana ada orang akan alergi dengan minyak ini.
  • Caranya:-
         a) Titiskan pada cotton swab dan sapu pada bahagian yang berjerawat.
        b) Sejam sebelum tidur, anda perlu sapu minyak ini pada kulit dan biarkan semalaman.


Image result for minyak tea tree


6. ALEO VERA
  • Aleo Vera ini dapat mengurangkan kedutan dan garisan di muka
  • Caranya:-
          a) Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu.
          b) Jadikan mask dengan campurkan satu sudu madu . 
          c) Tekan pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.


Image result for aloe vera


Anda Perlu Amal dengan konsisten untuk dapat kulit yang licin dan gebu. Bahan - bahan semulajadi ini mudah didapati dan murah untuk diamalkan. 


UNTUK MENGETAHUI BAGAIMANA NAK KULIT CANTIK BERSERI  DARI DALAM KLIK DI SINI

UNTUK MENGETAHUI BAGAIMANA KEKALKAN WAJAH CANTIK BERSERI KLIK DI SINI



Untuk mengetahui lebih lanjut  hubungi saya di talian 013-3323872


FACEBOOK: Rose Joy
FACEBOOK PAGE: Keluarga Ceria

Post a Comment

0 Comments