Tips Pilih Pencuci Muka Yang Bersesuaian Mengikut Jenis Kulit


Kebanyakkan kita selalu membeli pencuci muka mengikut suka hati kita tanpa kita ambil tahu jenis kulit kita yang bersesuaian. Ini menyebabkan kulit muka kita akan menjadi lebih teruk atau kulit menjadi lebih menipis. Kebiasaannya kita mengetahui produk itu tidak bersesuaian dengan kita apabila kulit kita berasa panas, pedih, tegang, merah atau mengalami kerengsaan. Oleh sebab itu kita perlu mengetahui produk apa yang bersesuaian dengan kulit muka kita.

Kebiasaannya wanita asia mempunyai kulit wajah yang jenis:-

a) Kulit Kering
b) Kulit Berminyak
c) Kulit Normal
d) Kulit Sensitif
e) Kulit Kombinasi


1. KULIT KERING (DRY SKIN)


  • Kulit kering merupakan kulit yang terasa bahang dan tidak tahan menghadapi sinar matahari.
  • Dimana jika kulit anda kering anda akan mengalami masalah liang roma kulit yang terbuka luas.
  • Liang roma sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci.
  • Kebiasannya selepas 10 minit mencuci muka terutama sebelum meratakan pelembap kulit muka, kulit anda akan berasa kering dan tegang. 
  • Bagi jenis kulit ini, anda haruslah memilih pencuci muka yang jenis KRIM. 
  • Ini kerana pencuci muka jenis Krim ini dirumus dengan kandungan pelembap di dalamnya untuk mengekalkan keseimbangan kulit walaupun telah dicuci.
  • Anda perlu elakkan atau jauhkan dari menggunakan produk pencuci muka yang mengandungi alkohol dan berminyak.
2. KULIT BERMINYAK (OILY SKIN)
  • Kulit berminyak ini kebiasannya terjadi apabila warna kulit menjadi bertompok - tompok, keperang-perangan atau timbul bintik - bintik hitam sekiranya terdedah kepada cahaya matahari.
  • Kulit berminyak ini lian roma kulit terbuka mudah kelihatan di kulit wajah.
  • Kebiasaannya kulit berminyak ini akan nampak kelihatan berkilat dan berminyak apabila setengah jam selepas dicuci.
  • Untuk mengatasi masalah kulit berminyak ini kita perlu memilih pembersih muka yang berbentuk GEL. 
  • Ini kerana pembersih muka berbentuk GEL ini dapat memerangkap minyak pada permukaan kulit dan di celah - celah liang roma.
  • Disamping itu juga, kita perlu memilih pencuci muka yang PH rendah (acidic) untuk memudahkan minyak dibuang.
3. KULIT NORMAL (NORMAL SKIN)
  • Bagi yang kulit normal ia tidak mempunyai banyak masalah yang serius untuk memilih  produk penuci muka. 
  • Ciri - ciri kulit normal seperti:-
  • Kulit anda mengalami pengeluaran minyak berlebihan di sekitar zon T (dahi, hidung, dagu)
  • Kulit jenis ini akan cepat sunburn dan warna kulit akan menjadi sedikit gelap.
  • 10 Minit selepas mencuci muka kulit muka akan kelihatan segar dan anjal tanpa pelembap.
  • Kebiasaanya kulit normal ini jenis kulit yang seimbang dari segi kelembapan, minyak dan ketahanan kulit.
  • Bagi yang jenis kulit normal anda boleh membeli pemcuci muka yang jenis biasa(FOAM), KRIM, GEL dan pembersih muka yang berbentuk sabun (SOAP).
4. KULIT SENSITIF (SENSITIVE SKIN)
  • Kulit sensitif ini merupakan jenis kulit yang tidak tahan dengan sinaran  matahari.
  • Diantara ciri - ciri kulit sensitif ialah:-
  • Ia mudah sunburn dan bertukar kemerah - merahan bagi mereka yang berkulit cerah.
  • Kulit muka jenis ini amat sensitif terhadap pencemaran udara dan tidak sesuai menggunakan pencuci muka yang berasid tinggi.
  • Kulit sering merasa tegang atau gatal - gatal dan mengalami reaksi alahan bila terkena bahan kimia tertentu bahan kimia tertentu yang digunakan dalam pencuci muka. 
  • Anda perlu elakkan pencuci muka y ang mengandungi pewangi (fragrance), minyak atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit. 
  • Kulit sensitif ini sukar hendak dijaga kerana ia selalu mempunyai masalah jerawat. 
  • Pencuci muka yangbersesuaian ialah yang jenis DEEP PORE CLENSER atau MEDICATED bagi merawat masalah jerawat yang dialami. 

5. KULIT KOMBINASI (COMBINATION SKIN)


  • Kulit jenis ini kebiasaanya kulit yang berminyak di zon T dan kering di  bahagian muka yang lain.
  • Untuk kulit jenis ini elakkan menggunakan sabun mandi atau sabun muka. 
  • Anda perlu mencari pencuci muka yang lembut pada kulit dan basuh dengan air suam.

Image result for jenis jenis kulit muka



Image result for jenis jenis kulit muka



TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA IALAH:-


1. CARI PENCUCI MUKA YANG LEMBUT DAN HALUS
  • Untuk mencuci muka untuk menghilangkan kotoran di muka anda perlu menggosok dengan lembut pada muka  bukan menggosok dengan kuat. 
  • Apabila gosok dengan kuat ia boleh menyebabkan kulit muka akan jadi sakit dan tidak bersih.
  • Kotoran pada muka hanya dapat dihilangkan dengan pencuci muka yang banyak buih dan halus.
  • Dimana ia akan masuk ke dalam liang pori dan membersih kulit dengan lebih berkesan lagi.
2. PILIH PENCUCI MUKA YANG SEDIKIT BERASID (PH 5.5)
  • Sesetengah pencuci muka ia beralkali dan boleh merengsakan kulit. Pencuci muka jenis ini perlu dielakkan kerana ia mempunyai lebih kurang sama dengan PH kulit muka kita.
3. PILIH PENCUCI MUKA YANG TIADA BAHAN PEWANGI
  • Jika pencuci muka mengandungi bahan pewangi atau pengawet ia boleh merengsakan kulit dan boleh menyebabkan alahan. 
  • Semasa memilih pencuci muka anda perlu elakkan bahan - bahan seperti berikut:-
  1. Paraben
  2. Imidazolidinyl Urea
  3. Quarternium-15
  4. Phenoxyethanol Methylchroisothiazolinone
  5. Fomaldehyde 

4. PILIH PRODUK YANG KHAS UNTUK WAJAH


  • Anda perlu memilih produk yang khas untuk penjagaan wajah sahaja  bukan untuk keseluruhan badan.
5. PILIH PENCUCI MUKA YANG MENJIMATKAN
  • Anda perlulah memilih pencuci muka yang dapat  tahan lama penggunaannya mungkin didalam tempoh 8 - 12 bulan sekali beli.
  • Ini kerana ia dapat menjimatkan kos pembelian pencuci muka walaupun pada awal ia agak  mahal untuk membeli.

6. CUCI MUKA MENGGUNAKAN AIR SUAM ATAU SUHU BILIK


  • Jika cuci muka menggunakan air suam atau suhu bilik ia nampak lebih mudah dibersihkan.
  • Jangan anda menggunakan air yang terlalu panas untuk menyingkirkan minyak semulajadi. 
  • Ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering.


7. MEMBILAS MUKA DENGAN MENGGUNAKAN AIR SEJUK


  • Selepas mencuci muka anda perlu membilas muka dengan menggunaan air sejuk
  • Muka dikeringkan menggunakan tuala yang bersih.
  • Selepas itu boleh anda memakai toner, pelembab muka atau krim malan untuk kekal kelembapan kulit.

Jika anda sudah mengenal pasti jenis kulit anda dan jenis pencuci muka yang bersesuaian haruslah bertukar segera kepada produk yang sesuai untuk menggelakkan masalah yang lebih teruk pada kulit wajah.




UNTUK KEKAL CANTIK DALAM MASA 10 TAHUN? MARI SAYA KONGSIKAN Klik Sini.



Untuk mengetahui lebih lanjut  hubungi saya di talian 013-3323872

FACEBOOK: Rose Joy
FACEBOOK PAGE: Keluarga Ceria











     

Post a Comment

0 Comments